IMBASAN KEJAYAAN

AMEER HAZIM WAKIL NEGERI JOHOR KE MSSM DALAM SQUASH 

Ameer Helmi bin Norman, remaja berusia 16 tahun ini telah berjaya membawa nama ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan MSSM Squash . Dilahirkan dalam keluarga yang aktif bermain squash, Ameer Helmi, mempunyai bakat dalam bidang squash sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Meski pun hampa dalam pusingan awal di peringkat MSSM, namun kejayaan beliau dalam peringkat negeri , membawa nama daerah Batu Pahat sebagai naib Johan haruslah dibanggakan. Bakat yang ada ini mungkin mampu membawa nama Malaysia suatu hari nanti dan bakal menjadi pelapis bintang squash negara. Pihak sekolah begitu bangga dengan kejayaan anak muda ini serta kegigihan jurulatih Pn. hjh Zaimah binti Sahar yang juga merupakan guru dan ibu kepada Ameer Hazim sendiri. Moga kejayaan akan terus mewarnai beliau pada masa akan datang.

' Keluarga Squash' hasil gilapan jurulatih dan juga ibu iaitu Pn Hjh Zaimah binti Sahar




Naib Johan Individu peringkat negeri






JOHAN PALTUN WANITA KAWAD KAKI  HARI KOR KADET POLIS DAN SARJAN PLATUN TERBAIK

14 MEI 2018. Bertempat di IPD Batu Pahat, Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis telah diadakan. Pengajuran oleh jawatankuasa Unit Beruniform Kadet Polis daerah Batu Pahat  dengan Kerjasama Unit HEA IPD Batu Pahat ini telah dilaksanakan untuk dua kategori  platun lelaki dan Wanita serta pertandingan Kawad Kaki Sarjan Terbaik Daerah Batu Pahat. SMK Penghulu Saat sekali lagi telah mengulangi sejarah dinobatkan sebagai Johan PaltunWanita dan Sarjan Komader terbaik bagi tahun 2018.Pemilihan sarjan komander ini telah diubah cara pengadilan mulai tahu lalu. Untuk mendapat kejuaraan sebagai komander terbaik, peserta haruslah peka dengan setiap arahan yang diberi oleh Sarjan Sazlan yang bertindak sebagai ketua Hakim. Pemilihan ini berdasarkan "selected'  komander yang mampu bertahan  dan tidak melakukan sebarang kesilapan semasa arahan diberikan. Paling manis dalam sejarah Sarjan komander, Fara Nizatulsafa binti Azhah  ini telah mengulangi kejayaan yang pernah dicapai oleh kakak beliau Syafiqah binti Azhah pada tahun 2014.






Anugerah Nilam 2016- Nawwar Syazana
Naib Johan, Ke-empat dan Ke- lima Sayembara Menulis Puisi Johor 2015 ajuran DBP dan Persatuan Penulis Johor
Hadiah Sagu Hati Sayembara Penulisan Puisi Suara Hati Johor dan Antologi Puisi Suara hati Johor 2015

Johan Kawad Kaki Daerah Hari Kor Kadet Poils dan Komander Terbaik Syafika bt Mochamat
Anugerah Imam Remaja Daerah


Johan Cooking With Nature 2014 Daerah






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan