BLOGGER



                                                                      BLOGGERS


                                       PENULIS BLOG



UMI KALSUM BINTI IDHAM
Penulis dilahirkan pada 1 Disember 1973 di Parit Jawa, Parit Sulong, Batu Pahat , Johor. Anak kelahiran Parit Sulong ini merupakan anak keenam daripada sembilan orang adis beradik.  Mendapat pendidkan seawal Darjah Satu di SK Kampong Jawa, penulis bercita-cita untuk menjadi guru sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Penulis kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Sekolah Menengah di SMK Dato Sulaiman Parit Sulong.  Meskipun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, cita-cita beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti tidak kesampaian kerana beliau membesar dalam keluarga yang kurang berkemampuan.  Peluang untuk melebarkan ilmu akhirnya terbentang semula, apabila beliau menerima tawaran untuk mendalami ilmu pendidikan di Maktab Perguruan Batu Pahat (MPBP) dalam bidang Kemahiran Hidup. Selepas tamat mengikuti kursus perguruan, beliau mula berkhidmat di SMK Penghulu Saat, Parit Sulong.  Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau telah menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan cemerlang iaitu pada tahun 2003 dan 2009.  Bukan setakat mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, namun beliau juga diberi kepercayaan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan merupakan salah seorang Pemeriksa Kertas Dua Bahasa Melayu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)dan PKW dalam PT3 KHB.  Beliau juga pernah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak Peringkat Daerah Batu Pahat dan Pemenang Anugerah Sayembara Puisi negeri Johor. Dua antolagi puisi yang telah diterbitkan ialah Ilhamku untukmu dan Puisi Anak Johor. Atas rasa ingin menambah ilmu pengetahuan, pada Mac 2011 beliau  telah melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional dan memperoleh IjazahSarjana Muda  Kelas Pertama Teknik dan Vokasional disamping mendapat Anugerah Naib Canselor daripada pihak UTHM.
           

             
TN. HAJI MOHD KHAMSULDIN BIN ABD WAHAB

Penulis  berasal dari  negeri Perak ini , merupakan lepasan Universiti Sains Malaysia. Mengajar mata pelajaran Geografi dan merupakan jurulatih Utama di peringkat kebangsaan.  Mempunyai kelulusan Sarjana dalam bidang Psikologi dan merupakan Guru Cemerlang Geografi.  Memulakan tugas di SMK Terusan Sugut, Sandakan Sabah (2000 – 2002),  SMK Merpati, Sandakan Sabah (2003 – 2005) dan kemudian pulang ke Semenanjung dan berkhidmat di  SMK Penghulu Saat, Parit Sulong  Batu Pahat, Johor (2006 – kini).  Guru yang amat meminati permainan badminton ini memegang falsafah hidup " Ingatlah Mati Itu  Datang Tiba-Tiba… Oleh itu, sentiasalah melengkapkan diri dengan amal kebajikan kerana dunia ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal abadi selamanya….". Beliau pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang KPM pada tahun 2003, 2005 dan 2011. Selain itu beliau juga pernah dinobatkan sebagai Guru Kreatif dan Inovatif Peringakat Daerah Batu Pahat 2012. Terlibat sebagai pengubal kurikulum dan Jurulatih Geografi di peringkat Kebangsaan. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi tutor di Universiti Teknologi  Tun Hussien Onn Batu Pahat dan merupakan guru Cemerlang mata pelajaran Geografi.
           
 NORIZA BINTI KASTORY

Guru yang penyayang dan komited ini merupakan anak kelahiran Pt Pulai, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.  Mendapat pendidikan di SMK Dato Sulaiman sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Perbankan di Universiti Teknologi Mara (UITM). Setelah tamat , beliau meneruskan minat dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Melayu Melaka.  Anak sulung yang bertanggungjawab ini, memulakan tugas pada Januari 1997 di SMK Tunku Putra , Tongkang Pechah, Batu Pahat. Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Peperiksaan dan pemeriksa Kertas Sains PMR. Beliau juga merupakan guru yang komited dan pernah membawa pelajar memenangi tempat kedua pertandingan Cooking With Nature   dalam Festival Sains Peringkat Kebangsaan. Beliau juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang -KPM pada tahun 2006 dan 2014.



JAWATAN KUASA DOKUMENTASI DAN BLOG SEKOLAH














2 ulasan:

  1. Tahniah.. semoga blog smkps kian maju dan hebat hasil sinergi empat guru berwibawa

    BalasPadam