Sabtu, 13 Januari 2018

HILANGNYA PERMATA BERHARGA DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Tahun 2017 meninggalkan kenangan sedih apabila dunia pendidikan kehilangan 3 permata berharga dalam dunia pendidikan. Pn hjh Jasayah binti Jamsari, Puan hjh Mariam bt Atan dan Pn hjh Aspalela bt Abdullah bersara sebagai pendidik ketika khidmat mereka masih diperlukan. Persaraan mereka memberi kesan yang mendalam buat warga pendidik SMK Penghulu Saat terutamanya bagi subjek Bahasa Inggeris yang kekurangan tenaga pengajar. Sekalung kasih buat ketiga-tiga insan yang telah banyak berjasa ini kepada anak bangsa. Moga Allah anugerahkan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan