Khamis, 26 Februari 2015

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SMK PENGHULU SAAT

Oleh: Umi Kalsum Idham

26 FEBRUARI 2015.Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
Tahun ini Unit Kokurikulum SMK Penghulu Saat telah mengajurkan Kejohanan Padang dan Balapan pada awal tahun berbeza pada tahun-tahun sebelumnya. Menurut Setiausaha sukan SMK Penghulu Saat, kesempatan ini diambil bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Kejohanan yang diadakan sederhana tetapi meriah ini merupakan kemuncak pada acara padang dan balapan yang telah berlangsung sejak awal Februari lagi. Kejohanan ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Penghulu Saat, Encik Masli bin Mahpol. Dalam ucapan perasmian, beliau menzahirkan rasa teruja beliau melihat semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua peserta dan guru-guru rumah sukan .Pengetua SMK Penghulu Saat, Pn. Hjh Ramlah dalam ucapan beliau juga turut memberikan kata-kata semangat kepada atlit-atlit yang akan dipilih mewakili sekolah dalam Kejohan Padang dan Balapan peringkat Daerah Batu Pahat pada 1 hingga 4 Mac di Universiti Tun Hussien kelak agar berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama sekolah.

Kejohanan pada kali ini bertambah meriah dengan kehadiran maskot-maskot dalam kontinjen perbarisan  Rumah Sukan masing-masing.  Maskot yang direka adalah hasil garapan idea kreatif pelajar-pelajar dan guru-guru. Maskot Doremon dari rumah sukan Dato' Dol Said telah berjaya memenangi Johan Maskot ,perbarisan terbaik kategori rumah sukan pula dimenangi oleh rumah sukan Dato Mat Kilau dan perbarisan terbaik kategori unit beruniform dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah. Pada kejohanan kali ini Mohamad Rizuan Mohd Sain telah dianugarahkan sebagai Olahragawan  manakala Farah Najihah Othman telah dianugerahkan sebagai Olahragawati Tahun 2015. Juara baru ditampilkan pada kali ini apabila Rumah Tok Limbong  telah berjaya merampas gelaran Johan Keseluruhan yang telah dipegeng oleh Rumah Dato' Dol Said selama 3 tahun berturut-turut.  

Mekipun keletihan namun kepuasan terpancar pada wajah peserta dan pegawai kejohanan yang bertugkus lumus menjayakan kejohanan pada kali ini sejak awal Januari lagi tambahan dengan keadaan cuaca yang agak panas terik apabila satu lagi tanggungjawab telah selesai dengan jayanya.   Tahniah dan Syabas!
Wajah Juara Disebalik Maskot Doremon

Ketua Rumah Sukan Tok Limbong

Tok Limbong Johan Keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan Tahun 2015

Maskot-maskot yang mewakili rumah sukan masing-masing

Johan Maskot 2015

Aksi atlit lompat tinggi

   
Olahragawati Tahun 2015-Farah Najihah Othman


Olahragawan Tahun 2015- Mohamad Rizuan bin Mohd Sain




Kontinjen Perbarisan Rumah Dato' Dol Said

Pengetua, Puan Hajah Ramlah bersama Johan Maskot Tahun 2015

Gaya Pahlawan oleh Ketua rumah sukan Tok Limbong dan Dato' Dol Said

Tiada ulasan:

Catat Ulasan