Sabtu, 31 Januari 2015

SMK PENGHULU SAAT JOHAN INOVASI PERINGKAT NEGERI JOHOR

Oleh:
Umi Kalsum Idham

JOHOR BAHRU . 31 JANUARI 2015.  Permulaan yang manis mulai dirasai seluruh warga SMK Penghulu Saat apabila khabar gembira berkaitan kejayaan SMK Penghulu Saat sudah mula menampakkan kemunculan pada awal permulaan persekolahan.   Cikgu Roswadi bin Dagang, telah mencatatkan sekali  lagi kejayaan apabila telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah Pendidikan Peringkat Sekolah Menengah Harian pada Majlis Anugerah Inovasi Jabatan Pendidikan Negri Johor yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor ini bermatlamat meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi dalam kalangan warga jabatan, daerah dan sekolah selain memupuk sikap positif terhadap budaya inovasi  dalam kalangan warga pendidikan dan memberi pengiktirafan.
      Kebolehan Cikgu Roswadi Dagang sekurang-kurangnya telah membuka mata semua warga pendidik betapa pentingnya inovasi dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas.  Selain penghasilan buku-buku untuk mata pelajaran Perdagangan, beliau juga telah membawa inovasi dengan penghasilan CD untuk kemudahan guru-guru menjalankan aktiviti PdP di dalam bilik darjah. Penghasilan CD yang menarik dipenuhi dengan soalan-soalan, nota-nota , kuiz berbentuk permainan  dan teka silang kata mampu menarik minat pelajar untuk memahami setiap bab yang diajar. Semoga inovasi yang dihasilkan oleh beliau ini mampu memberi manfaaat kepada semua pelajar dan guru-guru  serta menarik minat para pendidik untuk menghasilkan inovasi dalam pendidikan. SYABAS dan TAHNIAH!

Cikgu Roswadi bersama bahan-bahan inovasinya

Nama SMK Penghulu Saat Terlakar Indah sebagai pengeluar produk inovasi

CD menarik cetusan inovasi daripada Cikgu Roswadi 

Penghasilan nota dan latihan yang disusun sendiri oleh cigu Roswadi Dagang

Sijil Pengiktirafan

Anugerah yang mengiktiraf  cikgu Roswadi sebagai Johan Anugerah Inovasi Timbalan Pengarah Pendidikan Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan