Sabtu, 24 Januari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2015

25 JANUARI 2015. 'Pemimpin pelajar' gelaran untk empat jawatan yang disandang oleh pelajar-pelajar yang telah dilantik dan diberi kepercayaan menjalankan tanggungjawab sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya. Bagi mengiktiraf pelantikan mereka tiga badan yang terlibat dalam Hal Ehwal Murid ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar. Majlis yang berlangsung selama 45 minit ini dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Polis SMK Penghulu Saat, Inspektor Muhamad AinFikri bin Ngassri Pegawai Penyiasat Jenayah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.  Majlis  dimulakan dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) En Rosli bin Mohamad . Dalam ucapan beliau, beliau mengumumkan Faiqah Najihah binti Abdul Rashid sebagai Ketua Pengawas pada tahun ini. Pengetua SMK Penghulu Saat, Pn. Hjh Ramlah binti Sapuan turut menyampaikan pesanan beliau kepada semua pemimpin pelajar dalam ucapan beliau supaya menunjukkan kepimpinan mereka , bijak mengurus masa dan memimpin diri sendiri.
     Ucapan perasmian oleh PPPS Insp Muhammad AinFikri cukup mencuri tumpuan pelajar-pelajar yang berada di Dataran kejat pada pagi tadi. Masing-masing kelihatan fokus dan memberikan respon setiap kali soalan diajukan.  Dalam ucapan beliau mengajak pelajar-pelajar SMK penghulu Saat berjanji agar tidak melakukan kesalahan disiplin. Beliau juga menekankan tentang tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh 'Pemimpin Pelajar' dalam menjalankan tugas. Semoga penghargaan dan pengiktirafan seumpama ini mampu melahirkan lebih ramai pemimpin pelajar yang berkaliber yang mampu mengemudi negara suatu hari nanti.


Ucapan En. Rosli bin Mohamad, GPK HEM


Ketua Pengawas 2015- Faiqah Najiha binti Abd Rashid

Ucapan Pengetua, Pn. Hjh Ramlah binti Sapuan

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Perhubungan Polis SMK Penghulu Saat


Barisan Pemimpin Pelajar yang menerima watikah pelantikan











      





Tiada ulasan:

Catat Ulasan