Isnin, 19 Januari 2015

2015 SMKPS Menjelma Dengan Wajah Baharu

Oleh: Umi Kalsum Idham

2014 melabuhkan tirainya . Hampir 32 tahun SMK Penghulu Saat menjalankan misi dan visi demi anak bangsa. Blog SMKPS bukan suatu yang asing kepada dunia pendidikan. Blog ini dijelajahi oleh pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat malahan juga beberapa buah negara-negara luar . Namun keterbatasan menyampaikan mesej menjadi kekangan kepada blogger untuk menebarkan idea dan bahan.   Dunia pendidikan Abad ke-21 yang harus dilaksanakan menjadikan kami bertindak untuk memberi nafas baharu kepada Blog SMK Penghulu Saat. Penghijrahan ini adalah salah satu cara untuk memantapakan lagi dunia penulisan kepada warga SMKPS.  Kepada peminat-peminat Blog SMKPS yang sentiasa tidak jemu-jemu melayari laman blog kami jutaan terima kasih atas kesetiaan kalian. Teruskan menjadi pengunjung kami yang setia di sini. Inn Sha Allah dari masa ke masa berita yang menarik akan kami paparkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan