Jumaat, 11 Jun 2021


 

BACAAN YASIN PERDANA SEMPENA KEPUTUSAN SPM 2020

 

BACAAN YASIN PERDANA SEMPENA KEPUTUSAN SPM 2020

Tempat: Kediaman masing-masing melalui GoogleMeet

Tarikh: 9hb Jun 2021

Masa: 7.45 malam



Kelab Bilik Guru dan Staff  dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Penghulu Saat, telah mengadakan bacaan Yassin sempena keputusan SPM tahun 2020. Bacaan yassin telah  dipimpin oleh Ustaz Pauzan bin Wan. Penglibatan  guru-guru , staff dan sebilangan pelajar amat menggalakkan dan pastinya inilah usaha terakhir sebelum menjelang hari mendebarkan. Tahniah  dan syabas, atas pengajuran majlis ini. 






Sabtu, 18 Julai 2020

HERO YANG TIDAK DIDENDANG


Beberapa hari yang lalu, kita menerima khabar dukacita dengan berita kematian dua orang guru, Allahyarham cikgu Rosli bin Abd Azizi dan Allahyarham cikgu Sharom bin Silimin.Kedua-dua orang guru ini sedang menyiapkan kemudahan cuci tangan untuk pelajar menjelang kembalinya anak-anak didik yang disayangi  ke sekolah semula. Bagi mereka sekolah adalah sebahagian jiwa mereka. Anak-anak didik juga sebahagian hidup mereka.Pengorbanan yang mereka lakukan adalah kemuncak pengorbanan seorang pendidik terhadap anak didiknya . Mereka hanya memikirkan yang terbaik untuk keselamatan dan keselesaan anak didiknya hingga tergadai nyawa. Merekalah hero yang tidak didendang. Pemergian mereka sudah pasti sebuah kehilangan yang amat besar buat keluarga , warga sekolah mereka dan seluruh dunia pendidikan di Malaysia. Berehatlah wahai hero kami. Tenanglah di sana.  Moga Allah melimpahkan  rahmat dan kebahagiaan buat kalian berdua di alam yang abadi. Kami di sini entah bila kan menyusul jua nanti. Doakan kami semua tabah dan cekal dalam melaksanakan amanah yang diberi. Tempatkanlah mereka wahai Tuhan kami di tempat para solihin.

 Kami warga SMK Penghulu Saat mengucapkan salam takziah buat keluarga kedua-dua pendidik.  Al-Fatihah.  
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡم
اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ
  الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ 
 مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ
اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ 
   اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ 
صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ 
‏ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ







kredit to: FB Rasmi , Dr Radzi Jidin 
https://www.facebook.com/DrRadziJidin/




Selasa, 14 Julai 2020

SMKPS MERIAH SEMULA "WELCOME BACK"

15 JULAI 2020. Hari ni SMK Penghulu Saat kembali meriah dengan kembalinya semua warga SMKPS. Semua murid daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 sudah kembali menuntut ilmu seperti biasa  namun dengan norma baharu.  Seawal 6.30 pagi, mereka sudah beratur dengan mematuhi SOP penjarakan 1 meter , memakai pelitup hidung dan mulut dan mencatat suhu  badan yang telah diperiksa di hadapan pintu pagar masuk. Jelas terpancar keterujaan pada wajah masing-masing untuk kembali ke sekolah.

PIBG dan Pentdabiran SMKPS sentiasa berganding bahu bagi memastikan kesejahteraan anak-anak di SMKPS


menulis bacaan suhu badan seawal pagi

berbaris menunggu giliran dengan mematuhi penjarakan


tempat pakir motosikal pelajar perempuan

kehadiran pelajar-pelajar agak memberangsangkan


pelajar membeli makanan di kantin pada waktu rehat

kehadiran pelajar tingkatan 2 dan 3



Pelajar tingkatan 4 dan 5 berbaris menulis suhu bacaan

Face shield hadiah daripada Bonda Pengetua untuk semua staff beliau yang
 kini merupakan petugas barisan hadapan

"Kita jaga Kita, Kita Pasti Menang"

Isnin, 13 Julai 2020

PANDUAN PERGERAKAN PELAJAR - SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Mulai 15 Julai semua murid menengah rendah dan menengah atas sekolah harian akan kembali ke sekolah. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran semua murid SMK Penghulu Saat. Ingat, patuhilah SOP yang telah ditetapkan. Pastikan anda tidak demam sebelum hadir ke sekolah. Jika anda adalah golongan berisiko sila maklumkan kepada pihak sekolah. Sila pakai mask jika anda batuk atau bersin ataupun bergejala.Untuk pelajar yg sampai awal dan mahu solat di surau sekolah sila pastikan bawa sejadah  sendiri dan telekung sendiri dari rumah. Patuhi penjarakan sosial.


 Langkah yang perlu anda lakukan setibanya di sekolah pada awal pagi ialah:

1. Murid yang penunggang motosikal periksa suhu di pintu pagar belakang dengan guru bertugas.
Pelajar lelaki akan meletakkan motosikal di tempat pakir motosikal sedia ada manakala pelajar perempuan akan meletakkan motosikal di hadapan dewan terbuka.

2. Murid yang menaiki bas atau kederaan seperti kereta, lalu di laluan pejalan kaki dan ambil suhu dengan guru yang bertugas. Jika suhu badan melebihi 37.5 anda TIDAK DIBENARKAN hadir ke sekolah dan sila pulang bersama penjaga. Namun jika penjaga anda tiada, anda akan ditempatkan di bilik Isolasi sementara menunggu penjaga anda menjemput anda untuk dibawa ke klinik.

3. Selepas meletak motosikal di pakir motosikal , pelajar terus haruslah  mencatat suhu yang telah diberitahu di pintu pagar tadi . Begitu juga dengan pelajar yang lain di lokasi berikut:

                               Tingkatan 1- di hadapan dewan
                               Tingkatan 2 dan 3 - di hadapan makmal Tingkatan 1
                               Tingkatan 4 dan 5 - di hadapan bengkel RBT 3
Tempat  menanda kehadiran dan menulis suhu badan Tingkatan 1

Tempat cuci tangan 

Tempat menanda kehadiran dan mencatat suhu badan untuk pelajar tingkatan 2 dan 3

Tempat menanda kehadiran dan mencatat suhu  untuk pelajar tingkatan 4 dan 5

4. Selepas mencatat kehadiran dan suhu , sila cuci tangan atau guna sanitizer dan bergerak terus ke kelas masing-masing.

5. Masuk ke dalam kelas mengikut anak panah yang telah dilabelkan. Patuhi laluan sehala dalam      kelas untuk pintu masuk 'IN' dan pintu keluar 'OUT'. Duduk di meja yang telah dilabel dengan nama anda.    Semasa dalam kelas sila patuhi penjarakan sosial (sosial distancing).

tanda arah masuk ke kelas

pelan kedudukan murid

tanda arah sehala di dalam kelas

tanda keluar dari kelas


6. Semasa rehat anda boleh membeli makanan di kantin . Makanan akan  dijual dalam bentuk              bungkusan. Ikut label  anak panah untuk laluan masuk ke kantin dan keluar dari kantin. Bawa              makanan dan makan di dalam kelas. Sila bawa sudu dan garfu sendiri daripada rumah.

                               Waktu  rehat :
                                         Ting 1 dan 2 - jam  9.30-10.00 pagi
                                         Ting 3 -  jam 10.00 - 10.30 pagi
                                         Ting 4 dan 5 jam 10.30 - 11.00 pagi

laluan masuk pelajar ke kantin

beratur ikut tanda yang disediakan dan sila jaga penjarakan 1 meter

laluan keluar pelajar dari kantin


7. Pergerakan ke bengkel dan makmal juga haruslah perlu ada penjarakan sosial . Begitu juga dengan   kedudukan dalam bengkel dan makmal.
Tanda arah masuk ke bengkel

kedudukan di dalam bengkel

Tanda arah keluar dari bengkel
Sila cuci tangan guna hand sanitizer

Sabun cuci tangan juga disediakan di paip yg berhampiran


8. Sila amalkan 3W dan elakkan 3S.
9. Ketika pulang ikut laluan anak panah untuk keluar (OUT).
10. Ikut waktu pulang yang telah ditetapkan dalam jadual kelas masing-masing samada jam 1.30
petang ,jam 2.00 petang atau 2.30 petang.

Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan buat kawalan  kendiri untuk memutuskan rantaian Covid-19.
#KITAJAGAKITA
#KITAMESTI MENANG










SELAMAT DATANG CIKGU SURAYA BINTI MUHSIN, PENGETUA KAMI

Oleh: Umi Kalsum binti Idham


1 JULAI 2020. Mulai 1 Julai 2020, Cikgu Suraya binti Muhsin daripada SMK Nitar, Mersing telah dilantik sebagai pengetua baharu SMK Penghulu Saat menggantikan Tn Hj. Ghazi bin hj Ali yang telah bersara pada 30 Jun 2020. Warga SMK Penghulu Saat mengucapkan  Selamat datang dan semoga Cikgu Suraya dapat dapat menjadi 'Bonda' kami  dan mengemudi SMKPS ke mercu kejayaan. InsyaAllah. 'SEDERAP MEMBURU KEJAYAAN PENUH SEMANGAT'



Selamat Datang Pn Suraya , Selamat menjadi warga SMKPS
Sederap Memburu Kejayaan Penuh Semangat dan #sekolahkita
Peneraju SMK Penghulu Saat

Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2019

Oleh: Umi Kalsum binti Idham

29 JUN 2019. Majlis yang diadakan bagi menghargai kejayaan cemerlang pelajar-pelajar SPM 2019 ini diadakan dalam suasana tertutup dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Penghulu Saat ini hanya dihadiri oleh penerima anugerah cemerlang seramai 15 orang sahaja. penerima anugerah cemerlang telah meneriama sijil penghargaan daripada pihak sekolah, sebuah plak dan wang tunai sumbangan koperasi SMK Penghulu Saat dan PIBG SMK Penghulu Saat.
Ucapan YDP PIBG SMK Penghulu Saat, Tn Hj Masli bin Mahpol
 

Senarai Penerima Anugerah

 NUR BAZILAH NATASYA BINTI MOHAMMAD NOOR HISHAM-8A

AL FIDAIE IQBAL BIN MUSTIROH-8A

MUHAMMAD ANIQ NAUFAL BIN MOHD RAZAK-8A


FASIHA NATASHA BINTI AZMAN-8A

MUHAMMAD HAQQANI BIN ZAINAL-7A
MOHAMAD FARIS AIMAN BIN HAFFIDZUDIN-7A

AMEER HAZIM BIN NORMAN-7A

NUR HAZIQAH BINTI HARSAM-7A

NURI HUSNINA BINTI SAHARUDIN-7A

ABDUR RAHMAN BIN NOR AZMAN-6A

NURIZZWANI BINTI ABU YAMIN-6A

FIKRI AKMAL AIZUDDIN BIN BAHRIM-6A

NUR SHAFIQAH NAJWA BINTI NOR EZIL NAZLAN-6A

NUR ANISAH KHALIDAH BINTI NORHISHAM-6A
NUR IRZA BINTI MD NOON-6A

DZAREEL AIMANUDDIN BIN AJMAN-6A

SEORANG  LAGI MENERIMA ANUGERAH MOHAMAD ZUL FATHI BIN KAMARUDIN TIDAK HADIR DAN TIADA DALAM GAMBAR

PENERIMA ANUGERAH AKHLAK TERPUJI LELAKI- AMIRUL HAKIM BIN SYAWAL

PENERIMA ANUGERAH AKHLAK TERPUJI PEREMPUAN- NUR AMALINA BT EHYAK